Isnin, 27 September 2010

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Pelancongan

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan Hong Kong.
* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.

· Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.

· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN

Bentuk muka bumi:
Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.
Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.
Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.
Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.
Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.
Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.

Iklim:
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.
Suhu bawah 0° C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.

Pemandangan yang menarik:
Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.
Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.
Gua yang menarik + cth gua.
Kesan sejarah + cth lokasi.
Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.
Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.
Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf
lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.

Ketersampaian – kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /
jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.

Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.

Peranan agensi + (nama agensi + peranan).

Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.

Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .

Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.

Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +

Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.

Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.

Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.

KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM? .
Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.
Kepupusan pokok berharga + cth pokok.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari.
Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.
Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah berlaku.
Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.
Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.
Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.
Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru / membina hotel kos sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.

Sabtu, 21 Ogos 2010

PERUBATAN HERBA

Perubatan herba-diintai dunia barat


APABILA dunia Barat mula beralih kepada penggunaan herba untuk melengkapi dunia perubatan moden, masyarakat rantau ini mungkin kurang menyedari keistimewaan herba berkenaan yang tumbuh melata di depan mata sendiri.

Tidak hairan jika tulisan HM Burkill mengenai 1,000 spesies herba di Semenanjung Malaysia (ketika itu Malaya) pada awal abad ke-20, dijadikan rujukan pelbagai pihak dalam dan luar negara. Malah, tulisan awal mengenai herba itu dikatakan masih menjadi sebahagian rujukan penyelidik masa kini.

Di sebalik dedaun comel menghijau di laman rumah, tumbuhan seperti pegaga mempunyai pelbagai keunikan untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk di kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman itu membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf di kalangan kanak-kanak terbabit.

“Ini kerana pegaga mempunyai kesan pelalian pada saraf. Bagi mereka yang mahu meningkatkan daya ingatan, pegaga antara pilihan herba yang baik berdasarkan hasil kajian dijalankan UPM kira-kira dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di universiti berkenaan baru-baru ini.

Kajian di kalangan lelaki dan wanita lingkungan usia 35 hingga 55 tahun itu mendapati pegaga bukan saja berupaya meningkatkan ingatan malah mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Bagi lelaki pula, Prof Suhaila mengakui ia didapati dapat meningkatkan tenaga seksual.

Di pelosok dunia lain, penggunaan pegaga atau secara saintifiknya dikenali sebagai centella asiatica turut tersenarai dalam dunia perubatan herba ayurveda dan tradisional Cina. Perubatan ayurveda menyifatkan tumbuhan herba ini sebagai tonik otak, antara lain bagi membantu meningkatkan daya ingatan, usia panjang dan mengekalkan keremajaan.

Dalam perubatan berkenaan, seluruh bahagian pegaga dianggap sesuai untuk membantu meningkatkan daya ingatan. Di kalangan masyarakat India, tumbuhan berkenaan dipercayai membantu mengatasi pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, sakit badan, asma, ulser serta menyembuhkan luka.

Perubatan tradisional Cina pula memanfaatkan pegaga untuk membantu mengatasi masalah keletihan secara fizikal dan mental. Dalam pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai kegunaan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk pembentukan kolagen, membolehkan seseorang tidur lebih lena, merangsang selera makan serta membantu dari segi rawatan pernafasan, reproduktif, saraf, antiradang dan meningkatkan pengaliran darah.

“Dalam penyelidikan yang menggunakan tikus sebagai sampel, didapati tikus yang diberi makan pegaga lebih aktif dan tubuh haiwan itu kurang lemak manakala organ dalaman tikus itu juga lebih sihat berbanding tikus yang tak diberi makan pegaga,” katanya sambil menambah, jenis pegaga yang agak popular seperti pegaga gajah dan pegaga kampung dikategorikan di bawah spesies centella asiatica.

Pegaga yang turut dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk sabun namun menurut Prof Suhaila, ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk barangan kosmetik memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.

“Lebih elok jika mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak salah jika ia dikomersialkan kerana penggunaannya mungkin lebih mudah. Tidak hanya pegaga, pelbagai tumbuhan tempatan memiliki banyak khasiat dari sudut kesihatan seperti kunyit, sirih dan mengkudu,” katanya yang bakal memperkatakan kelebihan rumpai laut dalam Persidangan Perubatan Tradisional Asia dan Kesihatan Wanita pada 28 hingga 30 Julai ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarang Journal of Tropical Medicinal Plants, Prof A N Rao, mengakui perubatan tradisional berasaskan tumbuhan herba mampu melengkapi dunia perubatan moden kini.

“Gabungan rawatan moden dan tradisional tentunya menghasilkan penemuan yang cukup baik dalam bidang kesihatan. Justeru, tidak hairan jika masyarakat di Barat kini lebih cenderung kepada perubatan tradisional malah mereka turut memanfaatkan penggunaan herba secara lebih baik dan meluas berbanding masyarakat Timur sendiri.

“Sayang sekali masyarakat di negara membangun sering bergantung kepada sistem perubatan Barat termasuk penggunaan perubatan herba. Keadaan ini mesti diubah. Kita yang seharusnya berusaha membuktikan keupayaan perubatan tradisional ini dari pelbagai segi seperti mutu dan piawaiannya,” katanya.

Menurutnya, dunia perubatan herba bermula sekitar 6,000 hingga 7,000 tahun lalu meliputi beberapa negara seperti China, India, Jepun dan Korea yang memiliki herba istimewa masing-masing. Perubatan Barat yang berasaskan sistem perubatan Yunani bermula sekitar 2,000 tahun lalu yang menumpukan kaedah merawat penyakit demi penyakit.

“Ini berbeza dengan sistem perubatan tradisional Asia yang merawat seluruh tubuh dan bukannya rawatan berdasarkan sesuatu penyakit. Meskipun rawatan herba ini mengambil masa yang lebih lama, kesan sampingannya kurang malah tidak meninggalkan sebarang sisa berbanding ubat-ubatan moden,” katanya.

Prof Rao yang bakal menyertai persidangan berkenaan turut memperakui khasiat pegaga di samping beberapa herba lain seperti kacip fatimah dan misai kucing yang popular di kalangan masyarakat kini.

KAD KREDIT : Kebaikan & Keburukan

Kad Kredit : Kebaikan Dan Keburukannya



Pengenalan
Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang. Pada hemat saya penggunaan kad kredit akan terus diamalkan oleh masyarakat kita kerana kad tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri.
Kebaikan kad kredit
Salah satu daripada faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak kerajaan mewujudkan wang yang bernilai seringgit dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli belah di pasar raya- pasar raya dengan menggunakan kad kredit. Pada hemat saya pengguna akan berasa lebih selesa menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila difikirkan perlu.
Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaan wang tunai. Hal ini kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka menggunakan kad kredit tersebut mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat mengesan pemilik sebenar kad kredit tersebut. Oleh hal yang demikian, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri orang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad tersebut bertambah hampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih selamat menggunakan American Express kerana mereka cepat mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku kehilangan. Dalam hal ini saya berpendapat faktor keselamatanlah yang paling banyak mendorong pengguna menggunakan kad kredit.
Keburukan kad kredit
Di samping kemudahan yang boleh dinikmati, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai-kedai biasa atau kedai-kedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau pusat-pusat membeli belah yang terkenal. Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan atau pusat-pusat membeli belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit adalah terhad. Oleh itu, pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya pusat membeli belah atau kedai dan gerai yang mereka kunjungi itu menolak penggunaan kad kredit.
Urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan penggunaan komputer.Oleh itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut. Walaupun perkara seperti ini jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelanggan yang menggunakan kad kredit terutamanya kad kredit yang tidak popular. Para peniaga tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi dengan menerima kad kredit tersebut. Pihak Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan pengguna yang menggunakan kad kredit. Ini kerana mereka telah menerima lebih daripada 150 aduan berkaitan dengan hal tersebut sejak awal tahun ini.
Penutup
Melalui huraian di atas,dapatlah dikatakan bahawa terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Namun begitu, sekiranya pemilik kad kredit menggunakan kemudahan tersebut secara bijak, mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit tidak digunakan secara berhati-hati, pemiliknya akan menderita akibat beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun. Pada pendapat saya, walaupun penggunaan kad kredit didapati semakin popular dari setahun ke setahun, namun `wang plastik’ tersebut pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar.

E-Dagang

E-Dagang : Kebaikan Dan Cabaran


Pengenalan

Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online. Terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan


Antara kebaikan dan keuntungan menggunakan kaedah e-dagang ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik dengan pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan berkenaan. Ia memudahkan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dengan sekelip mata serta tidak dibelenggu dengan kerenah pengisian borang-borang dan birokrasi (Majalah PC, Mei 2006).


Kebaikan E-Dagang yang ketara ialah dari sudut memberi keselesaan membeli-belah dalam ketenteraman rumah. Keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang bersama ahli keluarga sebelum membuat pembelian. Belian yang menepati keperluan seisi keluarga adalah menjimatkan. Selain itu E-Dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini. Kemesraan ini terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari serta mempunyai penerangan untuk setiap barangan dalam laman web. Maklumat yang diberi bertujuan untuk membolehkan pengguna membuatpilihan dengan betul.


Di samping itu, e-dagang juga banyak memberikan keburukan kepada pengguna iaitu ketersampaian kadar sesuatu barang yang perkhidmatan yang digunakan ditempah.Perkhidmatan yang baik merupakan faktor utama pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang melalui internet.Akan tetapi,barang yang ditempah daripada pengusaha tidak akan cepat sampai kepada para pengguna.Ini menyebabkan para penguna tidak yakin dengan e-dagang.


Dari segi kepuasan juga,turut mempengaruhi para pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang ini.Para pengguna lebih mementingkan kualiti sebenar sesuatu barangan yang dibeli.Pengguna yang bijak tidak melihat sesuatu barangan dari segi luaran semata-mata tanpa mengetahui kualiti sebenar barang tersebut.Contohnya,para pengguna hanya dapat melihat katalog yang diiklankan dalam perniagaan internet.Jelaslah,e-dagang dapat menimbulkan kesan baik dan buruk kepada para pengguna.Sekiranya perkhidmatan e-dagang ini digunakan sebaik-baiknya akan memberikan manfaat kepada pengguna.Akan tetapi sekiranya pengguna yang tidak bijak menggunakan perkhidmatan ini akan menyebabkan mereka kerugian

TANAH TERBIAR

Tanah Terbiar : Punca Berlaku Dan Penyelesaiannya



Definisi

Mengikut definisi Jabatan Pertanian tanah seluas 10 hektar yang tidak diusahakan selama dua tahun berturut-turut dikategorikan sebagai tanah terbiar.



PUNCA-PUNCA TANAH PERTANIAN TERBIAR

Dalam usaha mengoptimumkan penggunaan tanah dan mencapai produktiviti yang tinggi, kewujudan tanah pertanian terbiar telah membimbangkan semua pihak. Kebimbangan ini dapat difahami apabila kita memikirkan bahawa tanah pertanian adalah sumber terhad di Semenanjung Malaysia akibat perkembangan pesat sektor bukan pertanian. Data daripada Kementerian Pertanian dan Asas Tani menunjukkan bahawa tanah pertanian milik petani yang terbiar dan sesuai dimajukan di seluruh Semenanjung Malaysia sehingga tahun 2002 adalah seluas 12,180 hektar (Petikan Ucapan Dasar YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam National Land Convention 2002). Keluasan ini merupakan 35 peratus daripada keseluruhan 34,360 hektar tanah pertanian terbiar di seluruh negara yang melibatkan tanah-tanah sawah dan juga tanah darat (Sharifah Salwa Syed Akil 2002). Walaupun jumlah tanah pertanian terbiar yang sesuai dimajukan hanya melibatkan 35 peratus daripada jumlah keseluruhan, namun yang jelas tanah terbiar ini bukan sahaja merugikan pendapatan bagi keluarga tani malah menjejaskan pengeluaran dan pendapatan negara.


Persoalannya adalah kenapa tanah pertanian terbiar berlaku, sedangkan terdapat peruntukan undang-undang di bawah seksyen 115, 116 dan 117 Kanun Tanah Negara 1965 yang jelas menyatakan bahawa tanah yang dibiarkan kosong bagi sesuatu jangkamasa tertentu (2 tahun bagi tanah bangunan dan 3 tahun bagi tanah pertanian dan industri) akan dikenakan tindakan seperti disita yang diperuntukkan di bawah Seksyen 129 (4) (c), Kanun Tanah Negara 1965. Seksyen 129 (4) (c ) ini telah memperuntukkan bahawa pihak Pentadbir Tanah boleh mengambil hak sementara bagi tanah itu sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau dalam masa ketiadaan arahan itu, membuat suatu arahan mengisytiharkan tanah itu dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut jarang benar dilaksanakan Pihak Berkuasa Negeri, demi menjaga hubungan antara kerajaan dengan rakyat. Selain itu, kekurangan kakitangan untuk memantau sama ada tanah yang diberikan diusahakan atau tidak oleh petani seperti yang tertera dalam syarat nyata milikan, juga menjadi alasan ketiadaan perlaksanaan. Kekurangan kakitangan bagi tujuan perlaksanaan di samping menjaga hubungan baik antara kerajaan dan rakyat dilihat menyumbang kepada peningkatan tanah yang tidak diusahakan dan menjadi terbiar.


Walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh agensi kerajaan (terutama sekali oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani) bagi memajukan tanah pertanian terbiar, namun kadar peningkatan saiz tanah terbiar bagi sektor pertanian dikatakan masih tinggi. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan meneliti punca-punca yang mewujudkan tanah terbiar milikan petani di kawasan luar bandar. Dalam meneliti isu tanah terbiar, beberapa persoalan yang sering timbul ialah bagaimanakah tanah terbiar milik petani di kawasan luar bandar boleh wujud? Mengapakah tanah terbiar milik petani di luar bandar terus wujud walaupun ada campurtangan kerajaan melalui agensi tertentu? Bagi menjawab semua persoalan tersebut, punca tanah terbiar akan dilihat dalam konteks pendekatan institusi yang cuba untuk menghuraikan hubungan antara institusi dengan proses pembangunan tanah.


Tahap pengeluaran yang rendah di kalangan masyarakat luar bandar menjelaskan bahawa masalah ketidakcekapan penawaran tanah pertanian mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan kapitalisme. Kemasukan kapitalis sebagai golongan pemilik modal telah menyebabkan mereka menguasai sebahagian besar milikan tanah dan teknologi. Di sebaliknya, dalam masyarakat tani, tanah merupakan sumber pengeluaran yang terpenting. Ishak Shari (1988) mendapati penumpuan dalam pemilikan tanah pada tangan sebilangan kecil penduduk luar bandar telah membawa kepada peningkatan penyewaan tanah, di samping peningkatan peratusan penduduk luar bandar yang menjadi buruh upahan. Pada masa yang sama, proses pemecahan dan pembahagian tanah sawah dan kebun giat berlaku melalui sistem warisan pusaka. Senario tersebut lama kelamaan menyebabkan keadaan tanah yang ada tidak ekonomik untuk diusahakan dan seterusnya mendorong golongan belia untuk berhijrah ke bandar, sedangkan tanah yang ada ditinggalkan kepada golongan tua untuk diusahakan. Pada masa yang sama, batasan usia dan kekangan lain dalam pemilikan tanah menyebabkan tanah tidak dapat diusahakan dan akhirnya menjadi terbiar.


LANGKAH MENGATASI

Bagi mengatasi masalah tanah yang terbiar, pihak kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menanganinya. Keseriusan pihak kerajaan bagi mengatasi isu tanah terbiar jelas diutarakan dalam Rancangan Malaysia Ke-7 (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Ke-8 (2001-2005). Rancangan Malaysia Ke-7 misalnya memberikan penekanan kepada pengendalian tanah terbiar melalui landlord-in-trust, manakala Rancangan Malaysia Ke-8 pula memberikan perhatian terhadap pengemblengan pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani melalui MOA Incorporated (MOA Inc). Namun kedua-duanya (landlord-in-trust dan MOA Inc) didapati gagal untuk menangani masalah tanah pertanian yang terbiar. Hal ini jelas apabila Laporan Rancangan Malaysia Ke-9 mencatatkan masih terdapat 163,000 hektar tanah terbiar dalam Rancangan Malaysia Ke-8. Rancangan Malaysia Ke-9 melaporkan penggunaan tanah terbiar menjadi terhalang dalam Rancangan Malaysia Ke-8 disebabkan oleh beberapa kekangan termasuklah kesukaran untuk menyatu tanah peribumi dan adat.

Perpaduan Kaum Di Malaysia

Perpaduan Kaum Di Malaysia


Definisi Perpaduan
Satupr oses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapatmembentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaanbersama di kalangan mereka.

Perpaduanmasyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

Punca masalah perpaduan – Sistem pendidikan yang berbeza
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu,pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.

Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.

Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world–view) yang sama.

Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Satucara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari :
“Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Monosodium glutamat

Rencana ini adalah tentang monosodium glutamat (juga dikenali sebagai ajinomoto di Asia) sebagai satu bahan tambahan makanan. Untuk gambaran keseluruhan kimia asid glutamik, sila lihat Asid glutamik.


Monosodium glutamat
MSG crystals.JPG
Nama IUPAC Natrium (2S)-2-amino-5-hidroksil-
5-okso-pentanoat
Pengecam
Nombor CAS [142-47-2]
PubChem 85314
SMILES C(CC(=O)O)C(C(=O)[O-])N.[Na+]
Sifat
Formula molekul C5H8NNaO4
Jisim molar 169.111
Rupa bentuk Serbuk berhablur putih
Takat lebur

225℃
Keterlarutan dalam air Amat mudah melarut di dalam air
Kecuali sebaliknya dicatatkan, data diberikan untuk
bahan-bahan dalam keadaan piawai
(pada 25 °C, 100 kPa)
Penafian dan rujukan Infobox
Struktur kimia monosodium glutamat.

Monosodium glutamat (MSG), juga dikenali sebagai Ajinomoto atau Vetsin, ialah sejenis garam natrium berasaskan asid glutamik yang dipergunakan sebagai sejenis bahan tambahan makanan dan dipasarkan secara umum sebagai "penambah perisa". Nama-namanya yang lain termasuk:

* natrium glutamat
* penambah perisa 621
* Kod bahan tambahan makan EU: E621
* Kod HS: 29224220
* IUPAC: asid 2-aminopentanedioik, juga dikenali sebagai asid 2-aminoglutarik.

MSG ditemui dan dipatenkan pada tahun 1909 oleh Perbadanan Ajinomoto di Jepun. Dalam bentuk tulennya, ia merupakan sejenis serbuk berhablur putih, tetapi apabila dilarut di dalam air (atau air liur), ia berpisah dengan pantas menjadi ion-ion natrium dan glutamat yang bebas. Glutamat ialah anion asid glutamik, sejenis asid amino yang wujud secara semula jadi.


Isi kandungan
[sorok]

* 1 Sifat kimia
* 2 Umami
* 3 Penemuan
* 4 Pemerdagangan
* 5 Sumber-sumber glutamat
o 5.1 Keterdapatan semula jadi
o 5.2 Sumber-sumber yang lain
o 5.3 Jumlah anggaran dalam makanan
* 6 Kesihatan
* 7 Obesiti
* 8 Lihat juga
* 9 Rujukan
o 9.1 Nota
* 10 Pautan luar

[sunting] Sifat kimia

Di bawah keadaan-keadaan suhu dan tekanan yang piawai (SATP), MSG secara amnya merupakan sejenis sebatian yang stabil, tetapi tidak serasi dengan agen-agen pengoksida yang kuat. Bagaimanapun, membakar MSG menghasilkan karbon monoksida, karbon dioksida, dan oksida-oksida nitrogen. Terdapat dua jenis isomer enantiomer kiral untuk monosodium glutamat, tetapi hanya L-glumat yang wujud secara semula jadi dipergunakan sebagai penambah perisa.
[sunting] Umami

MSG merangsangkan reseptor-reseptor yang terletak di tunas rasa, umpamanya reseptor T1R1/T1R3 asid amino atau reseptor-reseptor glutamat yang lain seperti reseptor-reseptor metabotropik (mGluR4 dan mGluR1) yang mencetuskan rasa yang dikenali sebagai umami, salah satu daripada lima rasa asas. Perkataan umami merupakan kata pinjaman daripada bahasa Jepun yang juga dirujuk sebagai "tidak manis" (bahasa Inggeris: savoury) atau "berisi" (bahasa Inggeris: meaty).
[sunting] Penemuan

Walaupun glumat dan asid-asid amino yang lain wujud secara semula jadi di dalam banyak makanan, rasa yang disebabkan oleh kesemua ini hanya dikenal pasti secara saintifik pada awal abad ke-20. Pada tahun 1907, Kikunae Ikeda, penyelidik Jepun dari Universiti Imperial Tokyo mengenal pasti hablur-hablur perang yang ditinggalkan selepas menyejatkan sejumlah besar sup kombu sebagai asid glutamik. Hablur-hablur ini apabila dirasai, menghasilkan rasa tidak terperi yang dikesani dalam banyak makanan, terutamanya rumpai laut. Profesor Ikeda mengistilahkan rasa ini sebagai rasa "umami." Beliau kemudian mempatenkan suatu kaedah untuk menghasilkan asid glutamik berbentuk hablur secara besar-besaran [1]
[sunting] Pemerdagangan

Syarikat Ajinomoto (味の素) dibentuk untuk mengeluarkan dan memasarkan MSG di Jepun pada tahun 1909; nama 'Ajinomoto' membawa pengertian "intipati rasa". Pada tahun 1947, keluaran syarikat ini diperkenalkan ke Amerika Syarikat sebagai Ac'cent flavour enhancer.

MSG komersil moden dihasilkan melalui penapaian [2] kanji, bit gula, tebu, atau molases. Lebih kurang 1.5 juta tan metrik dijual pada tahun 2001, dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 4% dijangkakan. [3] MSG digunakan secara komersil sebagai satu penambah perisa. Pada suatu ketika dikaitkan dengan makanan restoran Cina di Amerika Syarikat, ia kini didapati di dalam banyak hasil makanan yang paling umum di Amerika Syarikat, seperti yang berikut:

* kebanyakan sup tin dalam industri makanan Amerika Syarikat seperti Campbell (kecuali kelainan-kelainan natrium rendah);
* kebanyakan air rebusan lembu dan ayam dalam industri makanan Amerika Syarikat seperti Swanson (kecuali kelainan-kelainan natrium rendah);
* kebanyakan produk kentang goreng berperisa dalam industri makanan Amerika Syarikat
* banyak makanan ringan yang lain;
* banyak makanan makan malam sejuk beku;
* hampir semua makanan segera yang berasal dari Amerika Syarikat; dan
* makanan segera seperti campuran perasa untuk mi segera.

Hanya enantiomer L-glutamat mempunyai sifat penambah perisa. [4] MSG perkilangan mengandungi melebihi 99.6% daripada bentuk L-glutamat yang wujud secara semula jadi, iaitu perkadaran yang lebih tinggi daripada L-glutamat yang didapati dalam ion-ion glutamat bebas di dalam makanan semula jadi. Makanan bertapai seperti kicap, sos stik, dan sos worcestershire mempunyai aras-aras glumat yang setanding dengan makanan-makanan yang ditambahkan MSG. Bagaimanapun, glutamat di dalam keluaran-keluaran bru tersebut mungkin mengandungi 5% atau lebih banyak D-enantiomer. [4]
[sunting] Sumber-sumber glutamat
[sunting] Keterdapatan semula jadi

Glutamat pada dirinya merupakan sejenis asid amino yang umum. Ia terdapat di dalam badan manusia secara semula jadi, dan khususnya dalam bentuk terikat di dalam makanan yang mengandungi protein sertai cendawan, rampai laut, tomato, kekeras, kekacang, daging dan kebanyakan keluaran tenusu. Hanya sebahagian kecil glutamat berbentuk "bebas" terdapat di dalam makanan-makanan, dan hanya glutamat bebas dapat mempertingkatkan rasa makanan. Sebahagian daripada rasa tambahan dalam tomato, hasil kacang soya tertapai, ekstrak yis, sesetengah keju pedar, dan hasil-hasil protein hidrolisis (seperti kicap dan pes kacang soya) disebabkan oleh kewujudan ion-ion glutamat yang bebas.

Masakan Asia pada asalnya menggunakan sup rampai laut semula jadi, seperti kelpa, untuk menimbulkan rasa umami dalam sup-supnya. Pengilang-pengilang seperti Ajinomoto mempergunakan jenis-jenis pilihan bakteria Micrococcus glutamicus di dalam rendaman nutrien. Bakteria-bakteria ini dipilih kerana keupayaannya untuk mengumuhkan asid glutamik yang kemudian diasingkan dari rendaman nutrien dan dijadikan garam natriumnya, iaitu monosodium glutamat.
[sunting] Sumber-sumber yang lain

Protein hidrolisis atau hidrolisat protein ialah protein daripada makanan-makanan yang tertentu yang diolah dengan asid atau enzim. Ia mengandungi garam asid amino bebas, seperti glutamat, pada aras-aras 5 - 20%. Protein-protein hidrolisis digunakan dengan cara yang sama dengan MSG di dalam banyak makanan, seperti sayur, sup, dan daging proses tin.
[sunting] Jumlah anggaran dalam makanan

Jadual yang berikut menggambarkan kandungan glutamat untuk sebilangan makanan biasa, dalam miligram glutamat bagi setiap 100 gram makanan. Glutamat bebas dimetabolismekan dengan cara yang berbeza dengan glutamat yang terikat pada protein dan oleh itu, ia disenaraikan secara berasingan. [5]


Makanan Glutamat (mg/100g)
Bebas Terikat
Kicap Cina 1,090
Kicap Jepun 782
Keju parmesan 1,200 9,847
Tomato 140 238
Kacang pea 200 5,583
Jagung 130 1,765
Susu lembu 2 819
Susu manusia 22 229
Telur 23 1,583
Daging ayam 44 3,309
Daging itik 69 3,636
Daging lembu 33 2,846
Daging babi 23 2,325
Ikan salmon 20 2,216
Vegemit 1,431
Belanga (marmit) 1,960
[sunting] Kesihatan

Pada tahun 1959, Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) mengelaskan MSG sebagai bahan "selamat pada umumnya" atau GRAS. Tindakan ini berasal daripada Pindaan Bahan Tambahan Makanan 1958 terhadap Akta Makanan, Ubat, dan Kosmetik Persekutuan yang memerlukan bahan tambahan makanan yang baru diluluskan sebelum dipasarkan. Ini menyebabkan FDA menggubal peraturan-peraturan yang menyenaraikan bahan-bahan, seperti MSG, yang mempunyai sejarah kegunaan selamat atau selamat pada umumnya (GRAS).

Sejak tahun 1970, FDA telah menganjurkan banyak kajian semula tentang keselamatan MSG, glutamat-glutamat dan protein-protein hidrolisis yang lain sebagai sebahagian kajian semula data keselamatan bahan-bahan GRAS di dalam makanan proses yang sedang dilaksanakan. Salah satu kajian semula mengenai bahan-bahan GRAS dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pilihan Persekutuan Persatuan Amerika untuk Biologi Uji Kaji (FASEB). Pada tahun 1980, jawatankuasa ini menyimpul bahawa MSG adalah selamat pada aras-aras yang digunakan ketika itu, tetapi mengesyorkan penilaian lanjut untuk menentukan keselamatannya pada aras-aras penggunaan yang jauh lebih tinggi. Laporan-laporan lanjut mencuba menyelidik perkara ini. Pada tahun 1986, Jawatankuasa Penasihat FDA Tentang Kehiperpekaan Terhadap Bahan-bahan Makanan menyimpul bahawa MSG tidak membahayakan orang ramai tetapi tindak-tindak balas sementara mungkin akan berlaku pada sesetengah orang. Laporan-laporan yang lain mengemukakan dapatan-dapatan seperti yang berikut:

* Jawatankuasa Pakar Bersama tentang Bahan Tambahan Makanan, sebuah jawatankuasa Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, pada tahun 1987 meletakkan MSG dalam kategori bahan makanan yang paling selamat.
* Laporan Jawatankuasa Saintifik untuk Makanan dari Komuniti Eropah (EC) pada tahun 1991 mengesahkan keselamatan MSG dan menggolongkannya dalam kelas "pengambilan harian boleh terima" yang "tidak ditentukan", iaitu kelas yang paling baik untuk sesuatu bahan makanan. Selain itu, jawatankuasa Komuniti Eropah itu berkata, "Bayi, termasuk juga bayi pramatang, telah menunjukkan keupayaan memetabolismekan glutamat yang secekap dengan orang dewasa dan tidak menunjukkan sebarang kerentanan terhadap memakan jumlah glutamat yang banyak."
* Laporan Majlis Hal-ehwal Saintifik daripada Persatuan Perubatan Amerika pada tahun 1992 menyatakan bahawa glutamat dalam bentuk apa jua tidak menunjukkan sebarang "bahaya kesihatan yang bererti".

Bagaimanapun, sebuah laporan yang ditempah oleh FDA pada tahun 1995 mengakui bahawa "sebahagian penduduk yang jumlahnya tidak diketahui mungkin boleh terjejas oleh MSG dan mengembangkan kompleks gejala MSG, suatu keadaan yang dicirikan oleh satu atau lebih gejala yang berikut:

*
o kederiaan panas pada tengkuk, lengan, dan dada
o kederiaan kebas pada tengkuk yang terpancar ke lengan dan bahagian belakang
o kederian-kederiaan sesemut, panas, dan kelemahan pada muka, pelipis, bahagian belakang atas, leher, dan lengan
o tekanan atau ketegangan otot muka
o sakit dada
o sakit kepala
o rasa loya
o denyutan jantung yang cepat
o bronkospasma (kesulitan bernafas)
o mengantuk
o kelemahan."[6]

Persoalan-persoalan yang menyelubungi implikasi-implikasi kesihatan terhadap pengambilan MSG telah merupakan sebuah tajuk untuk banyak perdebatan. Terdapat banyak bukti anekdot yang membayangkan kesan-kesan kesihatan yang negatif, tetapi kesemua ini masih belum disokong oleh penyelidikan-penyelidikan yang diiktiraf.

Pada April 1968, Dr. Ho Man Kwok menulis sebuah makalah untuk Jurnal Perubatan New England yang berkata:

Saya telah mengalami suatu sindrom yang pelik setiap kali saya makan di restoran Cina, khususnya di restoran yang menghidangkan makanan Cina utara. Sindrom itu yang biasanya bermula 15 - 20 minit selepas saya makan hidangan pertama berlangsung selama lebih kurang dua jam, tanpa sebarang kesan terbawa-bawa. Gejala-gejala yang paling ketara ialah kekebasan pada tengkuk saya yang beransur-ansur terpancar ke kedua-dua lengan serta juga bahagian belakang saya, selain daripada kelemahan umum, dan palpitasi... .

Ulasan ini memulakan perasaan takut akan MSG dan "sindrom restoran Cina". Banyak penyelidikan telah gagal mendapat sebarang sindrom yang berkait dengan MSG (atau sebarang kesan kesihatan yang negatif), dan sindrom restoran Cina umumnya telah diketepikan sebagai sebuah mitos. Walaupun demikian, kerosakan telah dilakukan dan MSG masih disyaki oleh sebilangan besar orang ramai, dengan banyak makanan terus menggunakan label "MSG bebas". [7]
[sunting] Obesiti

Monosodium glutamat (MSG) telah ditunjukkan sebagai mengakibatkan obesiti di kalangan tikus-tikus makmal. Penyelidikan-penyelidikan haiwan itu telah menyebabkan sebilangan penyelidik untuk membuat teori bahawa MSG memainkan peranan dalam wabak obesiti. [8]

Bagaimanapun, kesan yang sama tidak terlihat di kalangan manusia. Sebuah tinjauan epidemiologi yang terdiri daripada 4,938 orang lelaki berbangsa Jepun daripada Rancangan Jantung Honolulu di Hawaii mendapati bahawa pengambilan MSL tidak berkait dengan obesiti. [9] Tambahan pula, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan MSG pada setiap waktu makan tidak berhubung kait dengan kejadian penyakit jantung atau angin ahmar peserta. Kekerapan pengambilan MSG juga tidak menjejaskan aras-aras gula darah atau serum kolesterol di kalangan peserta.

DIARI KONSEP GEOGRAFI MANUSIA

TEMA 1 – PENDUDUK

1.Penduduk sebagai sumber
Penduduk bertindak sebagai agen perubahan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan, perubahan terhdp landskap budaya dan perubahan terhdp landskap fizikal di sesebuah kwsn.

2. Pola taburan
penduduk: stpm
2008
Sebaran penduduk disesuatu kwsn di muka bumi. Pola taburan ini berbeza antara kwsn. Terdapat tiga jenis pola taburan penduduk iaitu padat terdapat di kwsn bandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan penduduk sederhana pula terdapat di kwsn pekan kecil seperti Kluang manakala taburan penduduk jarang terdapat di kwsn pedalaman, gurun dan kwsn berpaya.

3. Kadar Pertumbuhan
Penduduk: stpm
2007
Satu angka (biasanya dalam peratus) yang menunjukan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat (tinggi), Perlahan (sederhana), statik ( sifar) atau berkurangan (bawah sifar) bagi satu- satu tempoh tertentu (tahunan/10 tahun).
Kadar ini mrjk kepada satu-satu kwsn tertentu seperti negara,
wilayah, dunia.
Kadar Pertumbuhan Penduduk (KPP) = kadar kelahiran (KL) – kadar
kematian (KM) + kadar migrasi bersih (KMB)


4. Konsep Lebihan
Penduduk :
Keadaan dimana jmlh penduduk melebihi kemampuan penawaran
sumber yg ada dlm sesebuah negara. Terbahagi kpd 2 iaitu:
lebihan penduduk mutlak yg bermakna sumber alam yg amat
sedikit atau sudah habis digunakan dan
lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi utk membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung.

5. Penduduk
kurangan
Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yg sedikit
berbanding dgn jmlh sumber s/jadi yg ada





6. Penduduk
Optimun
Keadaan yg seimbang antara jmlh atau saiz penduduk dgn sumber pengeluaran khususnya sumber alam berbanding dgn tempoh sebelum atau selepas mencapai penduduk optimun.

7. Piramid
Penduduk
Graf bar yg menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan jantina di sesebuah negara. Paksi menegak mewakili kumpulan umur, paksi mendatar menunjukan peratusan atau jmlh jantina lelaki dan perempuan

8. Piramid Progresif
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut:
jmlh penduduk muda yg ramai, kdr kelahiran tinggi. Jangka hayat penduduk rendah, nisbah tanggungan tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial rendah
9. Piramid Regresif (peralihan)
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran rendah, nisbah tanggungan rendah, golongan produktif dr segi ekonomi tinggi, tahap pembangunan ekonomi lebih maju.

10. Piramid penduduk stabil
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran yg sgt rendah, tahap penduduk optimun, jangka hyt penduduk tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial sgt maju.
11. Piramid Penduduk terganggu
Blh berlaku ke atas mana-mana piramid s/ada progresif, regresif atau stabil yg menyebabkan perubahan yg ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk. Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaan spt dasar saiz keluarga kecil
12. Model peralihan Demografi
Satu bentuk graf garis yg menggambarkan transisi atau perubahan kependudukan yg dialami oleh sesebuah negara dari dulu hingga kini dan pada masa akan datang.

13. Mobiliti ruang
Merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kwsn atau
antara kwsn sama ada bersifat jangka pendek atau jangka panjang.

14. Mobiliti sosial
Mrjk kpd perubahan status sosioekonomi para migran yg berhijrah
dari kwsn mundur ke kwsn maju.


15. Migrasi
Mrjkk kpd penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat
ke satu tempat yg lain yg melibatkan perubahan ruang dan masa.

16. Migrasi Dalaman
: (tema 1)
Perpindahan penduduk dlm negara, iaitu perpindahan yg tidak
merentasi sempadan sesebuah negara.

17. Migrasi Antarabangsa
(tema 1) stpm
2007
Perpindahan atau pergerakan penduduk yg merentasi sempadan negara atau antarabangsa. Cth kemasukan pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dan Bangladesh ke Malaysia.

18. Imigrasi
Penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah kwsn

19. Emigrasi
Penghijrahan keluar penduduk dr sesebuah kwsn

20. Migrasi bersih
Mrjk kpd perbezaan nilai yg wujud antara imigrasi dan emigrasi
21. Daya tampung Persekitaran fizikal
Kecukupan sumber alam spt tanah pertanian, bekalan tenaga, air dan udara utk menampung keperluan penduduk pd aras tertentu di sesebuah kwsn.

22. Daya tampung
sumber alam
Keupayaan sesuatu sumber alam menampung dan memenuhi
keperluan penduduk pd tempoh tertentu







Tema 2 – Pembangunan Ekonomi : Pertanian
1. Pertanian pindah
Sejenis pertanian sara diri ringkas yg berkonsepkan pindah tapak
mengikut perpindahan org-org asli. Dikenali dgn pelbagai nama
Ladang di M’sia, Huma di Indon, Caingin di Filipina, Tamrai di
Thai, Tuangnya di Myanmar dan Hay di Laos.

2. Pertanian Sara diri Intensif
Diusahakan giat setempat, utk keperluan keluarga, lebihan hasil
akan dijual. Lebih maju dari pertanian pindah.

3. Pertanian Kebun kecil
Berkonsepkan kpd aktiviti pertanian bukan bijirin, bersifat separuh komersial dan campuran antara perkebunan secara jualan dgn yg digunakan utk keluarga.
4. Pertanian Perladangan ekstensif
Berkonsepkan komersial sepenuhnya, berskala besar, kos tinggi, pengurusan sistematik serta berorientasikan pasaran dan keuntungan.
5. Bioteknologi pertanian: (tema 2) stpm 2008
Proses atau teknologi menggunakan sains hayat/biologi spt mikroorganisma, haiwan & tumbuhan utk mengatasi masalah pertanian & menghasilkan produk pertanian yg berkualiti. Kaedah ini dibahagikan kpd dua iaitu:
Pengklonan yg merupakan proses menghasilkan benih tanaman atau haiwan ternakan drp tisu pokok atau haiwan yg sama kandungan genetiknya dgn induk bagi menghasilkan jumlah yg lebih byk. Kacukan hibrid ialah proses memindahkan genetik secara semula jadi drp dua organisma yg sama untuk menghasilkan anak benih yg baru

6. Industri asas tani:
(tema 2) stpm 2006
Salah satu subsektor perkilangan yg menghasilkan produk makanan & bukan makanan yg menggunakan bhn keluaran pertanian spt getah, k/sawit, herba, & padi sebagai bhn mentah.

7. Produk Pertanian Jenama M’sia Best
Mula diperkenalkan pd 28 Jun 2003. Pd peringkat permulaan betik, mangga, tembikai, nenas dan belimbing dilabelkan seterusnya diperluaskan kpd produk lain spt hasil ternakan, sayuran dan perikanan. Jenama ini membuktikan produk pertanian M’sia berkualiti dan mempunyai keselamatan mengikut standard piawaian pertanian antarabangsa.





8. Pembangunan:
(tema 2) stpm 2008
Proses perubahan taraf hidup penduduk melalui perubahan dlm sektor ekonomi, misalnya berubah drp ekonomi pertanian kpd ekonomi perindustrian, perubahan dlm peningkatan pendapatan misalnya, drp petani kpd peniaga, perubahan dlm aspek teknologi misalnya penggunaan teknologi maklumat dlm kehidupan & peningkatan dlm sektor pendidikan serta peningkatan dlm kualiti hidup penduduk di sesuatu kwsn.

Tema 2 – Pembangunan Ekonomi
1. Perikanan Pinggir Pantai
Dijalankan di kws laut cetek iaitu di kws pentas benua tidak melebihi 32 km dr pantai dan 180 m kedalaman laut. Cth Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau.

2. Perikanan Laut Dalam
Dijalankan di perairan antarabangsa spt Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Jarak melebihi 32 km dr pantai dan kedalaman laut melebihi 180 m.

3. Perikanan Akuakultur
Merupakan sub sektor perikanan yg amat penting sbg pelengkap kpd sektor perikanan laut di M’sia. Menyumbang kira-kira 20% drp jmlh tangkapan ikan di M’sia. Terbahagi dua:
a) perikanan air tawar
b) perikanan air payau/ air masin (marinkultur)

4. Echo sounder
Satu peralatan perikanan yg digunakan untuk mengetahui kedalaman air , keadaan dasar laut, kedudukan ikan, dan tempat- tempat baru penangkapan ikan.

5. Penyahhutanan
Penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt pembalakan, pembukaan kws ladang pertanian, pembinaan kwsn petempatan dan industri dan ditengelami air utk projek hidro elektrik.

6. Tenaga Biojisim
Bahan buangan dan sisa organik spt sisa tumbuhan, sisa tanaman
dan najis haiwan serta sisa domestik khususnya sampah sarap.
7. IndustriPerkilangan:(tema 2)
Industri pemprosesan & pembuatan berasaskan sumber & bukan berasaskan sumber yg tergolong dlm sektor sekunder. Perkilangan yg berasaskan sumber byk bergantung kpd sumber bhn mentah drp sektor primer spt pertanian & Perlombongan.
8. Industri Kecil dan Sederhana: (tema 2)
Adalah sekumpulan industri atau perusahaan pembuatan yg berskala kecil & sederhana. Skala industri boleh diukur dgn bilangan pekerja sesebuah kilang/firma, saiz modal yg dilaburkan & mungkin jmlh nilai perniagaan utk satu-satu tempoh tertentu. Di Malaysia misalnya, industri yg menggunakan kurang dari 50 pekerja, dianggap sbg industri kecil dan yg menggunakan kurang daripada 150 orang pekerja di anggap sbg industri sederhana. Walaupun IKS byk terlibat dlm memproses atau membuat makanan dam minuman dan dimiliki oleh individu atau syarikat kecil, tetapi pd masa ini sudah ada IKS yg ditubuhkan atau ditaja sbg vendor syarikat besar spt Proton.

9. Estet Perindustrian
Kawasan pengelompokan atau aglomerasi industri yg besar di sesuatu tempat yg tlh dikhaskan oleh kerajaan dlm kwsn zon perdagangan bebas (FTZ).

10. Sektor Perkhidmatan
Dikenali juga sbg sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi
peringkat ketiga. Sektor ekonomi ini membekalkan perkhidmatankpd pengguna.

11. Ekopelancongan
Aktiviti pelancongan yg berkembang berasaskan sumber s/jadi pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air tejun/jeram, tasik, sungai, gua batu kapur.

12. Agropelancongan
Aktiviti pelancongan berkaitan pertanian spt di Cameron Highland

13. Akuapelancongan
Aktiviti pelancongan berkaitan akuakultur konsep homestay.

14. Pelancongan Kesihatan
Kedatangan pelancong utk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional.

15. Pelancongan pendidikan
Menggalakkan aktiviti sambil belajar khususnya di kalangan
pelajar sekolah.
16. Pelancongan budaya dan warisan sejarah
Pelancongan di kwsn tinggalan sejarah, tapak arkeologi, dan muzium
17. Pelancongan MICE
Delegasi pelancong yg menghadiri seminar, persidangan, pameran
dan simposium.

18. Pelancongan kapal mewah
Aktiviti pelancongan di atas kapal mewah spy Star Cruise dan Star Leo

19. Pelancongan Sukan Dan rekreasi
Aktiviti pelancongan berasaskan sukan dan rekreasi spt Formula One di Sepang, Power Boat di Tasik Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil.

Tema 3 – Transformasi Desa dan Pembandaran
1. Transformasi Desa: stpm 2007
Proses perubahan yg berlaku kepada kwsn luar bandar. Proses ini boleh dirancang dan dilaksanakan secara bertujuan atau blh berlaku sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini berlaku dr bebrp aspek. Kwsn desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan kepadatan penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh berubah dr hanya bergantung kpd pertanian kpd melakukan kerja- kerja bukan tani di kwsn desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg lbh baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan awam yg lbh selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih digemari dan migrasi ke bandar berkurangan.

2. Pembandaran Desa:
Bermaksud melengkapkan kwsn desa dgn kemudahan serta perkhidmatan bandar yg asas spt bekalan elektrik, air, alat komunikasi, pendidikan menengah dan tinggi, perubatan/kesihatan. Secara tidak langsung dgn kemudahan dan perkhidmatan tersebut penduduk desa tidak perlu berhijrah ke bandar utk menikmati kehidupan bandar krn kwsn desa juga soalah-olah tlh menjadi bandar.

3. Pembangunan tidak seimbang
Bermaksud aras kemajuan sosioekonomi yg tidak samarata dicapai
dlm sesebuah negara atau wilayah.

4. Dasar
Satu set keputusan tentang matlamat, strategi, serta tindakan atau program pembangunan yg perlu dan blh dilaksanakan bg mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah.

5. Pembangunan In- situ
Menekankan pembangunan fizikal desa spt penyediaan kemudahan asas yg lengkap dan sempurna, bekalan elektrik, air, j/raya, telekomunikasi, penyedian rumah rakyat (PPRT) serta pusat pertumbuhan ekonomi desa.
6. Pembangunan Pertanian bersepadu
Pakej pembangunan luar bandar yg mengabungjalinkan segala sumber, tenaga dan agensi bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmikan kemiskinan desa.
7. Pembangunan wilayah
Satu strategi pembangunan secara khusus di wilayah yg dikenal pasti mundur bagi menjana sumber dan membangunkan tanah baru. Cth, Wilayah Jengka, Kejora, Ketengah, Dara, Kesedar.


8. Pembandaran/ Urbanisasi
Proses perubahan sesuatu kws drp luar bandar kpd bandar atau
bandar kecil yg berkembang menjadi lbh besar dan bersifat
kompleks. Meliputi aspek berikut:
a) pertambahan jmlh penduduk di bandar
b) perluasan saiz bandar
c) perubahan kegiatan ekonomi tradisional kpd ekonomi moden
d) perubahan cara hidup
9. Ketersampaian:
stpm 2005
Aras atau kualiti dari segi mudah atau sukarnya sesebuah kws dikunjungi. Ia bergantung kpd kewujudan dan kecekapan jaringan pengangkutan. Kualiti ketersampaian fizikal dinilai berdasarkan jarak fizikal, masa dan kos yg terlibat dlm perjalanan.

10. Bandaraya Primat:
Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di Thailand dan Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat berganda-ganda besarnya (5 kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau tidak dpt ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran, kemudahan sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses pembandaran serta migrasi bandar secara memusat ke bandar utama.

11. Rebakan Bandar
Satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dr kws pusat bdr ke
pinggir bdr. Dikaitkan juga dgn istilah limpahan pembandaran.

12. Subbandar
Merujuk kpd kws pinggir bandar yg menjadi penyokong kpd pusat bandar. Terdiri dari bandar-bandar baru pinggir bandar. Cth, Cheras, Gombak, Selayang, Ampang subbandar kpd K. Lumpur.

13. Metropolis
Bandar yg telah mencapai jmlh penduduk melebihi 1 juta org.

14. Megalopolis
Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis dan mempunyai
penduduk melebihi 10 juta org.



15. Kornubasi bandar:
Proses penggabungan beberapa buah bandar berdekatan dalam sesuatu kawasan atau wilayah perbandaran yang besar seperti bandar Shah Alam Bercantum dgn Petaling Jaya.

16. Bandar Satelit
Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk dan berada di bawah lingkungan pengaruh bandar induk. Cth Petaling Jaya kpd K. Lumpur.

17. Setinggan
Satu proses menduduki bangunan atau tanah yg bukan hak milik secara tidak sah di sisi undang-undang. Merupakan petempatan haram di kws tanah yg bukan hak milik penghuninya s/ada di kws tanah kerajaan, swasta atau individu.

Tema 4 – Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
1. Globalisasi Ekonomi:
(tema 4) stpm 2007
Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat. Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan.

2. Liberalisasi
ekonomi
Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa shj termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas.

3. Deregulasi ekonomi
Dasar penghapusan segala peraturan & sekatan ekonomi yg diamalkan olh sebuah negara yg selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif dll.

4. Kerja sama serantau:
Pakatan kerjasama antara negara-negara jiran dalam satu rantau atau wilayah yang sama seperti Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Biasanya negara-negara berkenaan telah bersepakat dan bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa bidang tertentu untuk memenuhi kepentingan bersama atau mencapai keadaan menang- menang. Kerjasama serantau ini seperti kerjasama ekonomi, sosial, politik atau kebudayaan. Contohnya kerjasama serantau yang terkenal ialah ASEAN.
5. Kawasan perdagangan bebas ASEAN(AFTA): stpm
2005
ialah satu persetujuan dalam kalangan negara ASEAN untuk kemudahan memasarkan barangan keluaran negara anggota menerusi kadar cukai yang rendah (kurang 5%) atau memansuhkan langsung duti import bagi membolehkan kemasukan barangan secara bebas dari negara anggota ASEAN.

6. APEC
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ialah satu pertubuhan separuh rasmi yg tlh dibentuk melalui persidangan pertama pd November 1989 di Canberra, Australia.
7. Segi TigaPertumbuhan(GT)
Merujuk kpd kerjasama ekonomi pd kws yg lbh kecil di dlm wilayah ASEAN yg melibatkan tiga atau empat buah negara jiran. Cth, IMT- GT yg melibatkan Indon-M’sia-Thai
8. Deklarasi Langkawi
Di keluarkan olh ketua-ketua negara Komanwel di Langkawi pd 21 Oktober 1998 berkaitan persetujuan bersama negara-negara Komanwel utk menjaga, melindungi, & menguruskan alam sekitar secara mapan.

Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya
1. Pengurusan Alam Sekitar: stpm2006
Usaha dan tindakan merancang dan mengawal selia kelestarian alam sekitar menerusi keupayaan daya tampung sumber alam sekitar ke arah mencapai pembangunan mapan dan berterusan. Pengurusan alam sekitar mencakupi usaha penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan.

2. Pembangunan Lestari: stpm 2007
Pembangunan yang tidak merosakkan sumber alam dan alam sekitar atau pembangunan mesra alam, iaitu yang dirancang dan mengambil kira kepentingan alam sekitar. Dalam pembangunan lestari, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar diambil berat. Misalnya, dalam kes pembalakan, satu pokok ditebang perlu diganti dengan satu pokok baru melalui program penanaman semula hutan. Tujuan utama pembangunan lestari ialah memberi manfaat dan memenuhi keperluan bukan sahaja genarasi hari ini tetapi juga generasi akan datang.

3. Pemeliharaan dan Pemuliharaan alam sekitar : stpm 2008
Pemeliharaan mrjk kpd langkah memelihara alam sekitar drp sebarang kerosakan atau kemusnahan akibat di eksploitasi olh manusia secara keterlaluan dan tidak terancang. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah hutan simpan.
Pemuliharaan mrjk kpd langkah membaik pulih alam sekitar yg semakin terancam dan menghadapi kepupusan atau kehabisan. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah penanaman semula dan rawatan sisa.

4. Pemanasan Global
Mrjk kepada peningkatan suhu dunia yg diakibatkan olh kesan rumah
hijau dan penipisan lapisan ozon.



5. Kesan Rumah Hijau
Mrjk kpd kewujudan gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida dan metana yg bertindak membenarkan bahangan m/hari masuk tetapi memerangkap bahangan bumi dr keluar ke angkasa lepas.

6. Penipisan lapisan ozon
Mrjk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga molekul oksigen yg
membentuk ozon akibat serangan gas CFC dan Halon.

7. Penggurunan
Mrjk kpd pembesaran saiz gurun yg sedia ada hingga melampaui kws pinggirnya atau yg menukarkan sesuatu kws yg sebelum ini bukan gurun kpd ciri-ciri gurun yg tandus dan gersang.

8. Penyahhutanan
Bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai
tujuan spt pembalakan, pertanian, pembinaan petempatan dll.

9. Pencemaran udara Mrjk kpd kehadiran bahan pemcemar udara khususnya gas-gas rumah hijau. Manakala jerebu mrjk kpd kehadiran partikel terampai (PM10) seperti debu, asap, dan habuk di dalam keadaan cuaca kering

NKRA


Pointers 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Soalan Dan Jawapan
1. Bilakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)?
• Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
2. Siapakah Menteri-menteri  yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?
• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:
I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).
3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?
• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut
• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan
• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.
• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.
• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya.
4. Latar belakang merevolusikan pengurusan

Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan
• Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat.
• Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada.
• Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif.
• Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan.

5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?
• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.
• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.
• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.
• PM turut  meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?
1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah
• Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.
• Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:

i) Jenayah jalanan
Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.
ii) Keselamatan awam
Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini  termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.
iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan
Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.
2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah
• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.
•  Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking  Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.
• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

3) NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan  akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.
• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.
• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.
•  Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.
• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah
• PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010.
• Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010  semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan.
•  Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang  menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.
5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
• Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran.
• Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.
• Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.
•  Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.
• Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah.
• Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.
• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.

6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana
• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.
• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya. 

Kesimpulan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.
Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”