Sabtu, 5 November 2011

Senarai Negara Bersenjata Nuklear

Bom Nuklear adalah bom yang berupaya melakukan pemusnahan besar-besaran. Sepanjang sejarah penciptaan bom nuklear, hanya 2 kali pernah digunakan untuk tujuan peperangan. Kedua-duanya dilepaskan oleh Amerika ketika perang dunia ke-2 terhadap Jepun.

Bom Nuklear atau yang biasa kita panggil sebagai bom atom pertama diletupkan pada waktu pagi 6hb Ogos 1945 di bandar Hiroshima dan bom kedua dilepaskan 3 hari kemudiannya juga di Jepun di bandar Nagasaki.

Hasil kemusnahan bom tersebut telah meragut seramai 200,000 nyawa rakyat Jepun yang terdiri daripada rakyat awam. Sejak itu bom nuklear hanya diledakkan untuk tujuan percubaan yang dianggarkan lebih 2,000 kali cubaan telah dilakukan.

Tidak semua negara memiliki senjata nuklear ini, hanya beberapa negara sahaja yang mengakui menimpannya dan ada juga beberapa negara disyaki memiliki bom nuklear. Berikut adalah senarai negara yang mempunyai senjata bom nuklear.

1. Rusia – 28,240 unit
2. Amerika – 12,070 unit
3. Perancis – 510 unit
4. China – 425 unit
5. UK – 400 unit
6. Israel – tiada data
7. India – tiada data
8. Pakistan – tiada data

Dalam masa yang sama seluruh dunia bercakap tentang keamanan dan bencana alam yang perlu ditangani, masih ada lagi negara yang membina kekuatan senjata pemusnah besar-besaran ini. Dan ironisnya negara-negara tersebut jugalah yang amat kuta dan lantang memperjuangkan keamanan dan pemeliharaan alam sekitar.

Kalau ada orang yang percaya bahawa majoriti manusia atas muka bumi ini buat apa yang mereka cakap, maknanya orang tersebut bermimpi di siang hari. Dalam keadaan begini, perkara yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah menjaga diri sendiri serta kaum kerabat terdekat.

Soalan STPM:

1997. 33. Nuklear biasanya dikaitkan dengan kemusnahan dan kecelakaan, namun hasil penyelidikan pakar-pakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan.

Soalan Bahagian B STPM
1. “Sumber tenaga tradisional seperti arang batu dan petroleum kini menjadi semakin pupus. Harapan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga terletak pada keupayaan manusia menjana dan menggunakan tenaga daripada sumber-sumber lain.”
Dengan memberi alasan, nyatakan pendirian anda tentang penggunaan tenaga daripada sumber-sumber lain sebagai gantian kepada sumber tenaga tradisional.

2. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939, harapan untuk mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

3. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terutamanya dalam perlumbaan senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear sebagai alat pemusnah alam yang boleh membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains hari ini menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat berperanan dalam pembangunan dalam sesebuah negara.
Berdasarkan penyataaan di atas, jelaskan peranan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun.

4. “Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara.” Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

Nota Tambahan:
Loji Rawatan Termal, Beroga Selangor
Sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu: merangkumi proses kitar semula, penggunaan semula, pengkomposan dan pilihan loji rawatan termal serta tapak pelupusan.
mengurangkan dioksin, volum gas ekzos, memproses baki sisa, menggunakan tenaga daripada sisa pepejal, membolehkan proses kitar semula bahan-bahan, baki sisa dijadikan blok penurapan jalan dan atap genting.

(Scienists have long dreamt of the ultimate source of energy that will power the world forever. This ultimate source is hydrogen. Hydrogen can be produced by the electrolysis of water from the sea dan when burned together with oxygen, produces only energy and water. The use of hydrogen as a fuel and energy carrier will require an infrastructure for safe and cost-effective hydrogen transport and storage. Hydrogen has an excellent safety record, and is as safe for transport, storage and use as many other fuels.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan